Saturday, March 8, 2014

Hotel di Gambang

Anda tidak akan jumpa hotel di Gambang 
Tetapi ada beberapa rumah tamu (Guest House) yang setaraf dengan kemudahan hotel.
Antaranya ialah Gambang Perdana Boutique , sebuah rumah tamu yang menyediakan kemudahan ala hotel suite.  Harga hanya dari RM150/malam  anda akan dapat sebuah hotel suite, hebat kan.
Terletak di hadapan UMP Gambang ianya sangat sesuai untuk pegawai yang datang untuk menghadiri kursus atau seminar di Kuantan atau Gambang.
Mengapa bayar lebih untuk tinggal di hotel di Kuantan , jika anda boleh dapat hotel suite di Gambang, yang terletak hanya 1.5km dari tol Gambang LPT.

Tuesday, November 5, 2013

Dua Restoran Popular tetapi HARAM

OLD TOWN white cofee dan AP Ayam Penyek HARAM

Rata-rata jalan-jalan cari makan , dua restoran ini sangat popular di kalangan orang Melayu. Tetapi adakah mereka tahu bahawa dua restoran ini tidak memiliki sijil Halal ?

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK’ telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Tukang masak adalah orang kafir, yang masak cara dia dan tidak menjaga kebersihan dan kesucian yang diperlukan oleh Islam

Yang ada status halal adalah pada minumannya sahaja.  Oleh itu berwaspadalah apabila pergi makan di restoran sebegini.




AP Ayam Penyet disahkan tidak Halal di Selangor
Jika diperhatikan di Kuantan, di Jalan Tun Ismail dan juga di Bersatu Mega Mall, tiada tanda HALAL.  Dulunya ada tetapi sekarang Tanda HALAL pun dah ditanggalkan oleh pemilik restoran

"Restoran AP Ria Sdn Bhd (Ayam Penyet) telah kami sahkan TIDAK HALAL di NEGERI SELANGOR mewakili JAKIM. Harap ambil perhatian.
Buat tekad baru memajukan perniagaan orang Islam dan menjaga kesucian Halal dan mengelak yang Haram. Prihatinlah bahawa Darah daging yang ada unsur haram tidak akan dapat memasuki syurga. Masak makanan sendiri atau makan di restoran Islam yang tertib mengikut adab keIslaman.

Please Follow : http://halalhubmuslim.blogspot.com
http://halalhubmuslim.wordpress.com/

Monday, September 2, 2013

1656 Mahasiswa Baharu UMP

Kuantan, 1 September- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima seramai 1656 pelajar baharu mengikuti pengajian di universiti ini bagi kemasukan sesi akademik 2013/2014 bermula hari ini yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang secara serentak di dua kampus, UMP Pekan dan Gambang.
hostel Registration counter
New students registration day 1 sept 2013
New students registration day 1 sept 2013
UMP menawarkan 32 program di peringkat prasiswazah, 27 daripadanya adalah program di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 5 program di peringkat Diploma.
Pada tahun ini dua program baharu diperkenalkan iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Farmaseutikal) dengan Kepujian di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli dengan kerjasama Institut Technology Tallaght, Republic of Ireland.
Manakala satu lagi Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Insfrastruktur) dengan Kepujian di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam dengan kerjasama University of Southern Queensland, Australia.
Minggu Induksi Siswa yang berlangsung selama seminggu mulai 1 hingga 7 September ini melibatkan semua pelajar baharu termasuk pelajar diploma yang mendaftar pada bulan Jun lalu.

Wednesday, August 28, 2013

Kedai 7 eleven baru dibuka

Penambahan baru di komuniti kita
7eleven dibuka 24 jam

new7eleven
Dengan adanya kedai 7 eleven ini menceriakan kawasan menerangi waktu malam dan memudahkan pembelian keperluan harian.

Thursday, August 8, 2013

Salam Eid al Fitri 1434

Selamat hari raya maaf zahir batin. Kullu ‘aamin wa antum bi khair. Minal aidin wal faaizin. Taqaballahu mina wa minkum.
ucapan raya

Thursday, July 11, 2013

Sempena Bulan Ramadhan yang Mulia

Salam Ramadhan
Sempena bulan yang mulia ini GPBH menawarkan kepada tetamu :
susu dan tamar Ramadhan
- susu kambing dan buah tamar disediakan untuk berbuka dan juga sahur mengikut sunnah.
- potongan RM50/malam  sewa untuk malam kedua dan seterusnya

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak .. Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan diredhai Allah..
Semoga bulan ramadhan menjadi satu inspirasi kepada seluruh umat islam untuk berusaha menjadi manusia mulia didunia dan akhirat, dzahir dan bathin!