Kuantan, 1 September- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima seramai 1656 pelajar baharu mengikuti pengajian di universiti ini bagi kemasukan sesi akademik 2013/2014 bermula hari ini yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang secara serentak di dua kampus, UMP Pekan dan Gambang.
Pada tahun ini dua program baharu diperkenalkan iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Farmaseutikal) dengan Kepujian di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli dengan kerjasama Institut Technology Tallaght, Republic of Ireland.
Manakala satu lagi Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Insfrastruktur) dengan Kepujian di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam dengan kerjasama University of Southern Queensland, Australia.
Minggu Induksi Siswa yang berlangsung selama seminggu mulai 1 hingga 7 September ini melibatkan semua pelajar baharu termasuk pelajar diploma yang mendaftar pada bulan Jun lalu.
No comments:
Post a Comment