Tuesday, November 5, 2013

Dua Restoran Popular tetapi HARAM

OLD TOWN white cofee dan AP Ayam Penyek HARAM

Rata-rata jalan-jalan cari makan , dua restoran ini sangat popular di kalangan orang Melayu. Tetapi adakah mereka tahu bahawa dua restoran ini tidak memiliki sijil Halal ?

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK’ telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Tukang masak adalah orang kafir, yang masak cara dia dan tidak menjaga kebersihan dan kesucian yang diperlukan oleh Islam

Yang ada status halal adalah pada minumannya sahaja.  Oleh itu berwaspadalah apabila pergi makan di restoran sebegini.




AP Ayam Penyet disahkan tidak Halal di Selangor
Jika diperhatikan di Kuantan, di Jalan Tun Ismail dan juga di Bersatu Mega Mall, tiada tanda HALAL.  Dulunya ada tetapi sekarang Tanda HALAL pun dah ditanggalkan oleh pemilik restoran

"Restoran AP Ria Sdn Bhd (Ayam Penyet) telah kami sahkan TIDAK HALAL di NEGERI SELANGOR mewakili JAKIM. Harap ambil perhatian.
Buat tekad baru memajukan perniagaan orang Islam dan menjaga kesucian Halal dan mengelak yang Haram. Prihatinlah bahawa Darah daging yang ada unsur haram tidak akan dapat memasuki syurga. Masak makanan sendiri atau makan di restoran Islam yang tertib mengikut adab keIslaman.

Please Follow : http://halalhubmuslim.blogspot.com
http://halalhubmuslim.wordpress.com/

Monday, September 2, 2013

1656 Mahasiswa Baharu UMP

Kuantan, 1 September- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima seramai 1656 pelajar baharu mengikuti pengajian di universiti ini bagi kemasukan sesi akademik 2013/2014 bermula hari ini yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang secara serentak di dua kampus, UMP Pekan dan Gambang.
hostel Registration counter
New students registration day 1 sept 2013
New students registration day 1 sept 2013
UMP menawarkan 32 program di peringkat prasiswazah, 27 daripadanya adalah program di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 5 program di peringkat Diploma.
Pada tahun ini dua program baharu diperkenalkan iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Farmaseutikal) dengan Kepujian di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli dengan kerjasama Institut Technology Tallaght, Republic of Ireland.
Manakala satu lagi Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Insfrastruktur) dengan Kepujian di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam dengan kerjasama University of Southern Queensland, Australia.
Minggu Induksi Siswa yang berlangsung selama seminggu mulai 1 hingga 7 September ini melibatkan semua pelajar baharu termasuk pelajar diploma yang mendaftar pada bulan Jun lalu.

Wednesday, August 28, 2013

Kedai 7 eleven baru dibuka

Penambahan baru di komuniti kita
7eleven dibuka 24 jam

new7eleven
Dengan adanya kedai 7 eleven ini menceriakan kawasan menerangi waktu malam dan memudahkan pembelian keperluan harian.

Thursday, August 8, 2013

Salam Eid al Fitri 1434

Selamat hari raya maaf zahir batin. Kullu ‘aamin wa antum bi khair. Minal aidin wal faaizin. Taqaballahu mina wa minkum.
ucapan raya

Thursday, July 11, 2013

Sempena Bulan Ramadhan yang Mulia

Salam Ramadhan
Sempena bulan yang mulia ini GPBH menawarkan kepada tetamu :
susu dan tamar Ramadhan
- susu kambing dan buah tamar disediakan untuk berbuka dan juga sahur mengikut sunnah.
- potongan RM50/malam  sewa untuk malam kedua dan seterusnya

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak .. Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan diredhai Allah..
Semoga bulan ramadhan menjadi satu inspirasi kepada seluruh umat islam untuk berusaha menjadi manusia mulia didunia dan akhirat, dzahir dan bathin!

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan al Mubarak

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak .. Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan diredhai Allah..
Semoga bulan ramadhan menjadi satu inspirasi kepada seluruh umat islam untuk berusaha menjadi manusia mulia didunia dan akhirat, dzahir dan bathin!


Thursday, July 4, 2013

GPBH dalam Google Maps

Gambang Perdana Boutique Homestay sekarang boleh dicapai melalui Google Maps.  Hanya perlu beri arahan "Get Directions" dari tempat anda ke "Gambang Perdana Boutique Homestay" dan insya Allah anda tidak akan sesat, sungguh mudah dicari.

Sunday, June 30, 2013

Pendaftaran Pelajar Baru Diploma di Universiti Malaysia Pahang

Selamat datang kepada pelajar baru program diploma.  Satu pengalaman baru bagi 500 pelajar lepasan SPM untuk memulakan hidup baru sebagaii pelajar di menara gading.  UMP merupakan universiti teknikal yang menawarkan kursus dalam semua jurusan kejuruteeraan.

Monday, May 27, 2013

Pendaftaran pelajar baru Kolej Matrikulasi Pahang

Pihak Pengurusan Gambang Perdana Boutique Homestay mengucapkan
Tahniah dan Selamat Datang Ke Kolej Matrikulasi Pahang kepada bakal pelajar  Program Matrikulasi bagi sesi 2013/2014 ke Kolej Matrikulasi Pahang. Pendaftaran Pelajar Baru sedang dilangsungkan pada 26 Mei 2013 ( Ahad) bagi pelajar-pelajar dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan dan 27 Mei 2013 (Isnin) bagi pelajar-pelajar dari negeri selain Pahang, Terengganu dan Kelantan.Pendaftaran akan bermula pada jam 8.00 pagi. 



Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menginap di GPBH, selamat maju jaya.
Ada juga yang berkesempatan pergi ke Gambang Water Park, sambil menyelam minum air ...hehehe.

Saturday, March 16, 2013

Kursus dua hari di Universiti Malaysia Pahang

Situasi : Anda akan menghadiri kursus dua hari di Universiti Malaysia Pahang UMP,  Anda datang dengan menaiki bas dan tiba di Terminal Makmur Kuantan jam 1.00pagi.
Untuk ke GPBH agak lewat.
Bangunan KPU di Univiersiti Malaysia Pahang Dewan tun Fatimah
Bangunan KPU di Univiersiti Malaysia Pahang
Dicadangkan : bermalam di mana-mana hotel di bandar Kuantan, esok paginya selepas sarapan, check-out dan terus ke UMP sama ada menaiki bus atau teksi.
Pada waktu petang setelah tamat kursus hari pertama, check-in di GPBH (tidak perlu berulang ke Kuantan).  Hari kedua berkursus di UMP. Jika tiada tempahan dari yang lain, boleh check-out lewat dan bersiap sedia semula untuk ke Kuantan untuk menaiki bas balik ke tempat kerja anda.
Selesa... tak stressful...

Sunday, February 17, 2013

Kempen kutipan dana Misi Kemanusiaan Palestin Syria Rohinya Somalia Mali

Even if Boycott will have little affect on Zionist, BUT it will affect you, the degree of your love and concern to your brothers and sisters Show your LOVE and CONCERN for the Palestinian cause by boycotting the Zionist Products

  Boycott israel goods and love yur muslim brothers
 sayangilah saudara kita di Palestin , hindar diri dari membantu Israel membunuh rakyat Palestine.... :(

 Do also pray for SYRIA, ROHINYA, MALI, IRAQ, SOMALIA, BOSNIA and other places where the justice is tears apart from its people.

 Tabung Palestine Haluan
BIMB 14023010034292
Maybank : 564490208528

 Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
 Maybank :5622 6350 2611
(Selain Palestine)

Sunday, February 3, 2013

NJOI atau AStro

GPBH pilih NJOI sebabnya seperti rakan-rakan pernah sebut "jarang ada dirumah ... bayar mahal-mahal tak tengok pun " NJOI channel numbers
Kalau peminat khas seperti sukan, mustika, indo atau chinese, bolehlah beli prabayarnya , top-up bila nak guna sahaja. Setiap top-up RM20 untuk 15 hari

Tuesday, January 22, 2013

JDK di UMP Gambang

ImageTanggal 26 jan 2013 akan bermulanya program Jati Diri dan Kesukrelawan Remaja 2012/2013 untuk lepasan SPM.  Satu program anjuran HALUAN yang sungguh berfaedah sementara menanti melankah kehidupan ke era baru kehidupan iaitu melanjutkan pelajaran di Kolej atau IPT.

Tempoh cuti panjang selepas peperiksaan SPM merupakan masa yang mencabar bagi ibu bapa dan juga remaja untuk merancang pengisian berfaedah yang boleh dimanfaatkan. Jika remaja melalui tempoh tersebut dengan aktiviti yang boleh membentuk sahsiah dan peribadi mereka, remaja tersebut amat berpotensi untuk menjadi pemimpin yang cemerlang dalam fasa kehidupan mereka seterusnya.

Friday, January 18, 2013

GPBH kata TIDAK pada ASPARTAME

GPBH says not to ASPARTAME

gambang perdana boutique homestay kata bahaya aspartame
GPBH says NO to ASPARTAME
GPBH kata TIDAK pada ASPARTAME

Aspartame adalah nama umum produk yang bernama Pal Sweet, NutraSweet, Equal, Spoonful, splenda, Sweet & Low dan banyak lagi sebagai pemanis pengganti gula. Aspartame adalah bahan kimia produk perusahaan Monsanto gergasi pembuat racun perosak.

Kesan buruknya akan dilihat jika diambil berterusan kerana bahan kimia ini berkumpul sedikit demi sedikit dalam badan, (lama-lama jadi bukit). Bahaya Aspartame termasuk kejang-kejang dan kematian. Efek lainnya yaitu: sakit kepala/migraine, pusing, sakit persendian, mual, mati rasa, kejang otot, kegemukan, gatal-gatal, depresi, kelelahan, lekas marah, tachycardia, insomnia, kebutaan, ketulian, jantung berdebar, sesak nafas, kecemasan, gangguan berbicara, kehilangan indra pengecap, telinga berdengung, vertigo, dan lupa ingatan.H. J. Roberts, M.D.
Aspartame punya efek yang mendalam pada mood seseorang, kecemasan, pusing, kepanikan, mual, iritabilitas, gangguan ingatn dan konsentrasi.” Ralph Walton, M.D

bacalah sendiri di internet Google search "bahaya aspartame" atau "dangers of aspartame"

Monday, January 14, 2013

Keselamatan diUtamakan

Switch dan Pengawal kipas (Fan Regulator) rekabentuk baharu meletakkan di paras sekitar 3 kaki ( 1 meter). Walaupun nampak canggih atau mudah untuk kanak-kanak memasang lampu sendiri, tetapi , fan regulator adalah agak bahaya di kedudukan tersebut. Oleh yang demikian semua fan regulator(s) perlu diubahkan kedudukan ke paras 5 kaki (1.6 meter) untuk mengelak kecutan letrik kepada kanak-kanak yang bersifat inquisitive and explorative.
Image

Sunday, January 13, 2013

Merokok itu Haram


Majlis Fatwa Negara telah mengeluarkan fatwa bahawa rokok dan merokok itu haram..

MEROKOK DARI PANDANGAN ISLAM 

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


SMOKING FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAM

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.

Keterangan/Hujah: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam
  

Saturday, January 12, 2013

Internet Coverage

INTERNET COVERAGE

Kawasan ini menerima gelombang internet dari berbagai internet provider seperti TM hotzone, P1 wimax, 3G Broadband dari pelbagai syarikat telekomunikasi
internet coverage
internet coverage

Selamat Datang

Mengapa pilih GPBH
- bagi tetamu UMP ,lokasi berhadapan UMP mengurangkan kepenatan memandu pergi balik dari Gambang ke hotel di Kuantan
- bagi yang perlu keluar Kuantan waktu awal pagi, GPBH terletak berhampiran Tol Gambang untuk ke Kuala Lumpur atau Terengganu dan Kelantan
- apartmen yang luas dengan kelengkapan dan keselesaan seperti hotel, tetapi sewa jauh lebih murah


- hanya 10 minit dari tempat percutian Bukit Gambang Water Park







- kemudahan peka kesihatan seperti kettle stainless steel, glass coffee pot, set pinggan kaca… tiada peralatan makan minum bersumber plastik atau melamine
- makanan sunah nabi seperti susu kambing, kopi, dan garam disediakan. Juga kami tidak menyediakan gula tiruan seperti aspartame , tetapi hanya menyediakan gula sebenar.



- kemudahan berdekatan seperti restoran, kedai dobi, kedai ICT, kedai fotostat, kedai runcit,


- pasar malam pada setiap Khamis malam Jumaat

- R&R persimpangan Gambang – Segamat tempat makan kegemaran ramai

- dua stesen petrol berdekatan (Esso dan Caltex)


- 10 minit ke Marina Tom Yam Seafood Restoran , tidak perlu ke Tanjung Lumpur untuk menikmatai masakan sepertinya.


- mudah dicari , tidak perlu sesat-sesat dalam bandar, terletak di antara Tol Gambang dan persimpangan Gambang-Segamat-Maran-Kuantan

untuk tempahan : contact person Anisa 0148426780
rate RM150 – RM180 per night. Current Promotion RM150 per night (January 2013)
atau di Facebook : PM Anisa Azam atau PM Gambang Perdana