Tuesday, November 5, 2013

Dua Restoran Popular tetapi HARAM

OLD TOWN white cofee dan AP Ayam Penyek HARAM

Rata-rata jalan-jalan cari makan , dua restoran ini sangat popular di kalangan orang Melayu. Tetapi adakah mereka tahu bahawa dua restoran ini tidak memiliki sijil Halal ?

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK’ telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Tukang masak adalah orang kafir, yang masak cara dia dan tidak menjaga kebersihan dan kesucian yang diperlukan oleh Islam

Yang ada status halal adalah pada minumannya sahaja.  Oleh itu berwaspadalah apabila pergi makan di restoran sebegini.




AP Ayam Penyet disahkan tidak Halal di Selangor
Jika diperhatikan di Kuantan, di Jalan Tun Ismail dan juga di Bersatu Mega Mall, tiada tanda HALAL.  Dulunya ada tetapi sekarang Tanda HALAL pun dah ditanggalkan oleh pemilik restoran

"Restoran AP Ria Sdn Bhd (Ayam Penyet) telah kami sahkan TIDAK HALAL di NEGERI SELANGOR mewakili JAKIM. Harap ambil perhatian.
Buat tekad baru memajukan perniagaan orang Islam dan menjaga kesucian Halal dan mengelak yang Haram. Prihatinlah bahawa Darah daging yang ada unsur haram tidak akan dapat memasuki syurga. Masak makanan sendiri atau makan di restoran Islam yang tertib mengikut adab keIslaman.

Please Follow : http://halalhubmuslim.blogspot.com
http://halalhubmuslim.wordpress.com/